PETALING JAYA: Lima rakyat Malaysia dipercayai menyeludup dadah lima kilogram (kg) kokain dianggarkan bernilai ¥120 juta (RM3.1 juta) ditahan pihak berkuasa Jepun di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, pada Sabtu lalu.

Empat lelaki dan seorang wanita itu dikesan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menyeludup dadah yang disembunyikan di bawah pelapik tapak kasut.

Agensi media Fuji News Network, kesemua mereka dikesan ketika pemeriksaan kastam sebaik tiba di lapangan terbang tersebut.

“Pegawai kastam mula mengesyaki seorang daripada suspek selepas mendapati tapak kasutnya sangat tebal.