Lima suspek warga Malaysia itu ditahan selepas pihak berkuasa Jepun menemui kira-kira 5kg kokain dianggarkan bernilai kira-kira 120 juta yen (RM3.1 juta) yang disembunyikan dalam kasut dipakai mereka.PETALING JAYA: Lima rakyat Malaysia termasuk seorang wanita dilaporkan ditahan di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo, Jepun, kerana disyaki cuba menyeludup kira-kira 5kg dadah jenih kokain yang disembunyikan dalam kasut dipakai mereka.

Menurut Berita Harian yang memetik laporan daripada agensi berita Jepun, semua suspek menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ditahan sejurus tiba di Jepun pada Sabtu lalu.

Kegiatan mereka terbongkar selepas pegawai kastam mengesyaki salah seorang suspek kerana kasut yang dipakainya mempunyai tapak yang terlalu tebal.