Perdana Menteri Anwar Ibrahim bentang anggaran Belanjawan 2027 minggu lalu. Ia mungkin menjadi belanjawan terakhir jika PRU diadakan awal. (Gambar Facebook Anwar Ibrahim)PETALING JAYA: Bantuan kewangan dan manfaat lain dalam Belanjawan 2027 mampu meningkatkan sentimen awam terhadap Pakatan Harapan (PH), namun belum tentu diterjemahkan kepada undi pada PRU16, kata penganalisis.
Awang Azman Pawi.Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya (UM) berkata, sentimen awam boleh berubah mengikut kos sara hidup, prestasi ekonomi, integriti kepimpinan, dan perkembangan politik.
“Dalam politik, penghargaan terhadap dasar kerajaan tidak semestinya bermakna kesetiaan buat parti pemerintah,” katanya kepada FMT.







