KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 memperluas manfaat pertumbuhan ekonomi kepada isi rumah dan perniagaan sambil mengekalkan pengukuhan fiskal, menurut CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB).

Bank pelaburan itu dalam nota penyelidikannya hari ini memaklumkan, belanjawan berkenaan mencerminkan kemajuan berterusan dalam meningkatkan potensi ekonomi serta kesejahteraan rakyat, selaras dengan visi kemakmuran bersama dalam pelan tindakan MADANI.

Menurut CIMB IB, manfaat pertumbuhan dan hasil pembaharuan turut diagihkan kepada lapisan masyarakat yang lebih luas.

"Belanjawan itu mengekalkan elemen pengukuhan fiskal dengan sasaran defisit belanjawan yang lebih rendah, iaitu 3.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 3.6 peratus daripada KDNK pada 2026.