Roman Abramovich ialah bekas pemilik Kelab Bola Sepak Chelsea yang dikenakan sekatan oleh United Kingdom susulan perang di Ukraine pada 2022 atas dakwaan hubungannya dengan Presiden Vladimir Putin. (Gambar EPA Images)ISTANBUL: Deloitte Cyprus membantu oligarki Rusia, Roman Abramovich menyembunyikan sekurang-kurangnya USD10 bilion dalam bentuk aset dan didakwa mengelak cukai berjuta-juta dolar melalui dokumen dipalsukan, menurut satu siasatan yang diterbitkan pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi.
Siasatan bersama oleh BBC, The Bureau of Investigative Journalism, The Guardian dan Organised Crime and Corruption Reporting Project membongkar lebih 1,000 rekod diundurkan tarikhnya membabitkan lebih 100 syarikat antara 1999 hingga 2013, termasuk dokumen digunakan untuk menyokong penyata kewangan mengelirukan.







