Kuala Lumpur: Masalah kenderaan usang dan tersadai dijangka terus bertambah jika tiada kesedaran dalam kalangan pemilik serta sistem pelupusan yang lebih jelas dan mudah dilaksanakan.
Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Rozmi Ismail berkata, kajian dilakukannya selama tiga tahun sejak 2022 mendapati masih ramai anggota masyarakat tidak mengetahui perkara yang perlu dilakukan terhadap kenderaan yang sudah tidak boleh digunakan.
Katanya, keadaan itu menyebabkan kenderaan lama dibiarkan di tepi jalan, belakang rumah dan kawasan permainan sebelum akhirnya menjadi masalah kepada persekitaran.
"Kajian kita menunjukkan pengetahuan orang ramai masih rendah mengenai apa yang perlu dilakukan apabila kereta sudah tidak boleh digunakan.









