BIBIR salah satu bahagian wajah yang sering menjadi perhatian kerana mempunyai kulit yang lebih nipis dan sensitif berbanding bahagian kulit lain pada tubuh.
Warna bibir setiap individu juga berbeza dan boleh dipengaruhi oleh faktor genetik, usia serta keadaan kesihatan.
Namun, perubahan warna bibir menjadi lebih gelap kadangkala boleh menimbulkan kebimbangan, terutamanya jika berlaku secara beransur-ansur atau tanpa sebab yang jelas.
Antara punca bibir menjadi gelap ialah pendedahan kepada cahaya matahari secara berlebihan.
Bibir turut terdedah kepada sinaran ultraviolet (UV), terutama apabila seseorang










