KUALA LUMPUR: HSS Holdings Bhd memperuntukkan RM8 juta atau 59.3 peratus daripada RM13.5 juta hasil kasar terbitan awam dalam tawaran awam permulaan (IPO) bagi pembayaran balik pinjaman bank dan menampung kos penyenaraian.
Daripada jumlah itu, RM4.50 juta atau 33.4 peratus diperuntukkan untuk pembayaran balik pinjaman bank, manakala RM3.50 juta atau 25.9 peratus lagi digunakan bagi perbelanjaan penyenaraian.
Pengarah Urusan HSS Holdings, Goh Chen Chang, berkata pembayaran balik pinjaman bank berkenaan dijangka diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas penyenaraian, yang akan membantu mengurangkan kos pembiayaan dan mengukuhkan kedudukan kunci kira-kira kumpulan.
"Sebanyak RM4.50 juta atau 33.4 peratus akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman bank, yang dijangka diselesaikan dalam tempoh enam bulan, sekali gus mengurangkan kos pembiayaan dan mengukuhkan kunci kira-kira kumpulan," katanya.










