Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyambut baik Belanjawan 2027 yang mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperluas infrastruktur digital, meningkatkan kesalinghubungan serta mempercepat transformasi digital negara demi manfaat rakyat dan pertumbuhan ekonomi.

MCMC dalam kenyataan pada 12 Oktober memaklumkan, antara inisiatif utama yang diumumkan adalah peruntukan RM5 bilion menerusi Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi memperluas liputan Internet berkualiti tinggi di kawasan luar bandar dan pedalaman, termasuk perkampungan Orang Asli.

"Peruntukan ini akan digunakan untuk memperluas liputan Internet berkualiti tinggi di kawasan luar bandar dan pedalaman, termasuk perkampungan Orang Asli.