PETALING JAYA: Sebanyak 20 stesen di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 7 pagi, hari ini.
Berdasarkan data terkini daripada Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Pasir Gudang, Johor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 180 diikuti Larkin (174), Sri Aman, Sarawak (172), Kota Tinggi (168) dan Pengerang, Johor (166).
Selain itu, Balok Baru Kuantan, Pahang (162); Batu Pahat, Johor (161), manakala Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka, Melaka masing-masing merekodkan bacaan 160; Rompin, Pahang (156) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, Sarawak (155).
Situasi sama turut melanda Seremban, Negeri Sembilan; Kluang, Johor dan Tawau, Sabah yang masing-masing mencatatkan bacaan 154, manakala Nilai, Negeri Sembilan (153); Alor Gajah, Melaka (152) dan Segamat serta Tangkak, Johor pula masing-masing 142.








