MADRID – Michael Carrick berdepan ujian besar untuk meredakan tekanan terhadap Manchester United apabila bakal berkunjung ke gelanggang Atletico Madrid sekali gus dituntut membuat perubahan segera selepas bergelut mencari rentak kemenangan.

Pertembungan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Metropolitano, awal pagi esok, bukan sekadar peluang buat The Red Devils memburu kemenangan, malah menjadi ujian terhadap kemampuan Carrick mengembalikan kestabilan pasukan yang terus dibelenggu pres­tasi tidak menentu sejak era Sir Alex Ferguson berakhir pada 2013.

Sejak dilantik sebagai pengurus tetap, Carrick berdepan situasi turun naik bersama United dan kini berada di tangga ke-13 Liga Perdana Inggeris, iaitu pencapaian terburuk pasukan itu di awal musim sejak 1986/87.