PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila dia tidak menyedari rupa-rupanya selama ini dia tinggal bersama ‘penyewa’ tidak diundang iaitu seekor ular sawa yang bersembunyi di bahagian atap siling rumahnya.

Menerusi hantaran Thread Nrlishh, wanita itu hanya menyedari kehadiran reptilia itu selepas ia tidak bernyawa dan menjadi bangkai.

“Patutlah dah lama dengar bunyi atas atap, rupanya ya Allah. Ular sawa ‘bapok besor’ (besar sangat) dah jadi bangkai, baru tahu.

“Rumah teres setingkat je. Busuk bau benda mati mula-mula tu, hari ni tiba-tiba siling ada air menitik. Itu pecahkan siling tu. Allah, takut awak