SEREMBAN – Kegiatan geng curi kabel yang dipercayai aktif di Negeri Sembilan tumpas apabila 14 suspek ditahan dalam operasi khas Ops Lusuh baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Yatim Osman berkata, kesemua suspek terdiri daripada 11 lelaki tempatan, dua wanita dan seorang lelaki warga India yang berusia 22 hingga 67 tahun itu ditahan selepas disyaki terlibat dalam kejadian curi kabel di simpang jalan keluar Sekolah Kebangsaan Panchor di sini pada 9 Oktober lalu.
“Kejadian disedari penduduk pada pukul 12 tengah hari apabila mereka melihat empat lelaki memakai pelitup muka dan menaiki empat buah kenderaan sedang menar









