am@hmetro.com.my

Nilai: Polis menumpaskan tujuh geng curi kabel dan komponen syarikat telekomunikasi yang menyebabkan kerugian sebanyak RM4.5 juta sejak Januari lalu.

Dengan harga mencecah RM40 sekilogram (kg), geng berkenaan mensasarkan kabel bawah tanah, komponen telekomunikasi dan dram kabel yang mempunyai tembaga.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, kebanyakan geng yang ditahan turut dianggotai bekas pekerja kontraktor syarikat utiliti yang mempunyai pengetahuan serta selok belok komponen.

"Sepanjang Januari hingga September 2026, seramai 47 suspek berusia antara 17 hingga 58 tahun ditahan berhubung kes kecurian kabel, peralatan telekomunikasi dan pecah masuk premis di daerah Nilai.