SHAH ALAM – Gombak Hulu Langat Geopark (GHLGp) menyasarkan pengiktirafan UNESCO Global Geopark seawal 2028, sekali gus membuka peluang lebih besar untuk mengetengahkan keunikan alam semula jadi Selangor ke persada dunia.
Pengurus Komunikasi Korporat Tourism Selangor, Ahmad Nazri Tashriq Rahmat berkata, geopark itu akan menjalani penilaian semula status kebangsaan pada 25 hingga 30 Oktober ini selepas memperoleh pengiktirafan berkenaan pada 2022.
Menurutnya, pengekalan status itu penting sebagai langkah ke arah mendapatkan pengiktirafan UNESCO yang disasarkan antara 2028 hingga 2030.
“Insya-Allah, kita berharap dapat mencapai status UNESCO antara 2028 hingga 2030.








