JAGUH Muay Thai negara, Aliff Rakib bakal berdepan juara bertahan, Prajanchai Pongsuphan dalam pertarungan merebut gelaran dunia Muay Thai strawweight ONE di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand pada 18 Disember ini.Pertarungan lima pusingan menerusi acara The Inner Circle 43 itu bakal menyaksikan Aliff memburu gelaran dunia selepas terlebih dahulu merangkul kejuaraan interim menerusi kemenangan ke atas legenda Muay Thai, Sam-A Gaiyanghadao pada Julai lalu.Kemenangan menerusi knockout (KO) di The Inner Circle 23 itu menjadi pencapaian penting buat Aliff yang sebelum ini meraih peluang mencabar Prajanchai selepas menewaskan petarung Lubnan, Ramadan Ondash pada ONE Fight Night 38, Disember lalu.Bagaimanapun, pertemuan antara kedua-dua petarung itu terpaksa ditangguhkan selepas Prajanchai mengalami kecederaan yang memerlukan pembedahan, sekali gus memaksanya berehat panjang daripada gelanggang.Kecederaan itu berlaku beberapa bulan selepas petarung Thailand berkenaan beraksi dalam pertarungan ulangan merebut gelaran dunia kickboxing strawweight ONE menentang Jonathan Di Bella pada ONE Fight Night 36, Oktober tahun lalu.Aliff bagaimanapun terus mengukuhkan kedudukannya dalam kategori berkenaan dengan membenam Sam-A untuk bergelar juara interim.Sementara itu, Prajanchai baru sahaja kembali beraksi di The Inner Circle 35, namun tewas tipis kepada Wang Junguang dalam pertarungan kickboxing strawweight.
Aliff Rakib buru gelaran juara dunia

Key takeaways
Aliff Rakib akan berdepan Prajanchai Pongsuphan untuk merebut gelaran dunia Muay Thai strawweight ONE pada 18 Disember.
- Aliff akan memburu gelaran dunia selepas merangkul kejuaraan interim dengan menewaskan Sam-A Gaiyanghadao.
- Pertemuan antara Aliff dan Prajanchai ditangguhkan kerana kecederaan Prajanchai yang memerlukan pembedahan.
- Prajanchai kalah kepada Wang Junguang dalam pertarungan kickboxing strawweight di The Inner Circle 35.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Russell berdepan penalti, misi buru gelaran kian sukar
- Harian Metro Highlander A, ALFA Cafe MIBJ buru gelaran
- Utusan Malaysia Genevie-Zi Yu rangkul gelaran remaja dunia
- Harian Metro Aliff sedia uji kehebatan juara dunia
- Sinar Harian Aliff Rakib buru gelaran juara dunia (this story)







