SHAH ALAM - Parti Wawasan Negara (Wawasan) merekodkan seramai 100,801 ahli di seluruh negara dalam tempoh enam minggu sejak sistem pendaftaran keahlian parti itu dibuka pada 5 September 2026.Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pencapaian itu membuktikan Wawasan mempunyai sokongan dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam apa jua keadaan.Beliau berkata, jumlah keahlian itu juga menepis tanggapan pihak tertentu yang melabelkan Wawasan sebagai parti kucing atau parti dua hari."Orang kata Wawasan Negara ini parti kucing atau parti dua hari tetapi dalam enam minggu sahaja sejak sistem keahlian dibuka kita sudah merekodkan jumlah keahlian 100,801 ahli di seluruh negara."Takkanlah semua yang hadir hari ini adalah kucing yang baru beranak dua hari. Ini menunjukkan bahawa kita sudah bersedia dalam apa jua keadaan untuk memasuki pilihan raya negeri Melaka," katanya berucap pada Himpunan Pemuda Wawasan Negara di Jasin, Melaka.Himpunan itu menghimpunkan kira-kira 3,000 peserta daripada enam bahagian Wawasan di Melaka dan turut menjadi platform pelancaran jentera parti bagi menghadapi PRN Melaka.Pada program sama, Wawasan mengumumkan pelantikan jawatankuasa baharu Pergerakan Pemuda yang merangkumi peringkat negeri dan nasional.Muhammad Faiz Rahmad diumumkan sebagai Ketua Pemuda Nasional, manakala Eugene Lim Yew Chin dilantik sebagai Penolong Ketua Pemuda Nasional.Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin dilantik sebagai Setiausaha Pemuda Nasional, sementara Luqman Hakim Md Zim menggalas jawatan Ketua Penerangan Pemuda Nasional.Bagaimanapun, jawatan Naib Ketua Pemuda Nasional dan Bendahari Pemuda Nasional masih kosong.Dua individu turut dilantik sebagai Setiausaha Kerja Pemuda Nasional, iaitu Muhammad Hakim Mohd Helmy dan Wan Ahmad Shukrie Wan Daud.Selain itu, seramai 17 individu dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda Nasional bagi sesi 2026.Mereka ialah Mohamad Shafiq Abdul Halim, Muhammad Amir Asyraf Mohd Arif, Aziman Hadi Nazri, Mohd. Zul Azahar AR Rahim, Keasavan A/L Hari Krishnan, Hj. Muhammad Suhaimi, Akmal Zahin Haji Zainal Zahir, Toh Siew Sim dan Alex Phoo Yong Sik.Turut disenaraikan ialah Dr. Nurul Solihin Nurulhasnan, Muhammad Hiqmar Danial Hidzir, Muhammad Fariz Mohd Shahrom, Mohamad Siddiq Mohd Azani, Muhammad Majidul Ikhwan Md Jidin, Muhamad Hanis Asmui Md Salleh, Khairil Anwar Norsahar dan Muhammad Haiqal Abdul Razak.Di peringkat negeri, Mohamad Kasir Zainon dilantik sebagai Ketua Pemuda Johor, Ts. Dr. Mohd. Muzzammil Ismail (Kedah), Mohd Aiman Khidhir Ab Aziz (Kelantan) dan Muhammad Zulfadli Amsyar Zainal Abidin (Melaka).Turut dilantik ialah Alif Asyraf Azman sebagai Ketua Pemuda Negeri Sembilan, Mohd. Shahide Salihi (Pahang), Mohamed Ameerul Hakeem Abdul Kadar (Perak) dan Mohd. Firdaus Ismail (Perlis).Ahmad Zaki Zainul dilantik sebagai Ketua Pemuda Pulau Pinang, Mohammad Hisyam Hazaril Mohd. Azman (Sabah), Christopher Anak Lintong (Sarawak) dan Ismail Ibrahim (Selangor).Sementara itu, Syahir Ammar Sazely dilanti