Presiden Wawasan Hamzah Zainudin, berkata tidak seharusnya hasrat partinya diketepikan hanya kerana ada parti lain turut berminat bertanding di Sungai Udang dan Bemban.PETALING JAYA: Wawasan menegaskan hasrat mempertahan DUN Sungai Udang dan Bemban pada PRN Melaka sebagaimana Umno mahu mengekalkan 21 kerusi disandang, kata Presiden Hamzah Zainudin.

Hamzah berkata, menjadi hak Wawasan bertanding dua kerusi itu berdasarkan konsep 'pertahankan kerusi menang' pada PRN lalu.

“Kalau konsepnya Umno kata mereka hendak mempertahankan kerusi yang mereka menang, kenapa pula mereka tak nak beri saya (Wawasan) mempertahankan kerusi untuk kami menang?

“Kalau mereka hendak kerusi kami, kami boleh bagi tetapi duduklah sama-sama. Kita bincang kerusi yang sesuai dan kerusi yang boleh menentukan kemenangan sama ada di pihak Perikatan Nasional (PN) ataupun Barisan Nasional (BN),” katanya menurut Utusan Malaysia, di Jasin.