Sungai Petani: Hanya berehat dua hari selepas mengharungi saingan sengit Liga KPM Sirkit Akhir, skuad ALFA Cafe MIBJ D tetap membuktikan kemampuan apabila muncul juara Zon Utara Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 di The Arena of Sport, di sini, hari ini.
Skuad kendalian Izuan Abdul Latif itu mengesahkan kejuaraan selepas menundukkan Highlander A 16-14, 15-7 pada aksi final, sekali gus melengkapkan kejayaan membanggakan buat pasukan yang dibarisi pemain berusia 15 tahun dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
Lebih menarik, skuad berkenaan pada awalnya hanya dibawa menyertai kejohanan itu untuk mendapatkan pendedahan, namun kemampuan pemain muda berkenaan melangkaui jangkaan apabila berjaya membawa pulang gelaran juara.








