Sungai Petani: Liga Sepak Takraw Nasional Mekdi 2026 membuktikan pemain bawah 16 tahun mempunyai potensi besar untuk diketengahkan apabila kejohanan pertama Zon Utara itu mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan pasukan dari pelbagai negeri.

Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit berkata, penganjuran kejohanan itu membuka ruang kepada pemain muda untuk membuktikan kemampuan mereka menerusi pertandingan kompetitif di peringkat nasional.

Menurutnya, aksi menarik serta semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan setiap regu sepanjang kejohanan membuktikan golongan berkenaan mempunyai bakat yang wajar diberikan perhatian.

"Pada saya, ini satu kejohanan sepak takraw yang mengagumkan. Walaupun ini pusingan pertama di Zon Utara, sambutannya amat menggalakkan.