JOHOR BAHRU – Peperiksaan Sijil Menengah Agama yang dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 23 Oktober ini akan diteruskan seperti yang telah ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama di Sekolah Menengah Agama Negeri Johor di daerah Batu Pahat bagi mata pelajaran Lughah Arabiah Muasirah yang dijadualkan berlangsung pada 20 Oktober ini turut diteruskan.

“Peperiksaan akhir tahun bagi murid Tahap Satu, iaitu Darjah Satu hingga Darjah Tiga Sekolah Agama Kerajaan Johor yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 23 Oktober akan diteruskan.

“Ujian Lisan Al-Quran bagi Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain 2026 untuk murid Darjah Lima pula dilanjutkan hingga 21 Oktober manakala Ujian