Setiausaha Veteran Mustapha Yaakub menasihati Timbalan Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa tidak bersusah-payah ambil peduli tentang Umno.PETALING JAYA: Veteran Umno membidas Timbalan Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa kerana mempersoalkan pendirian parti itu berhubung isu kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Setiausaha, Mustapha Yaakub, berkata Umno tahu menguruskan hal sendiri tanpa campur tangan pihak lain.

“Saya nasihatkan Mujahid tidak bersusah-payah nak ambil peduli tentang Umno.

“Kami tahulah urusan kami. Jagalah dalam kain sendiri daripada menyibuk hal dalam kain orang lain,” katanya kepada FMT.