Kuala Lumpur: Penyanyi, Amir Masdi menegaskan bahawa dia selesa mengekalkan identiti tersendiri sebagai anak seni berbanding digelar 'The Next Faizal Tahir'.

Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, 29, mengakui Faizal Tahir adalah seorang ikon dan penyanyi yang sangat dihormatinya.

Menurutnya, kenyataannya pada masa lalu yang menyatakan dia tidak mampu menjadi 'The Next Faizal Tahir' berpijak pada hakikat bahawa setiap individu mempunyai keunikan tersendiri yang sukar dicari ganti.

"Untuk kenyataan orang cakap saya 'the next' Faizal Tahir itu, sebelum ini saya cakap tidak mampu jadi seperti dia kerana mungkin semua orang mampu untuk mendapat kejayaan dia, untuk mendapatkan apa yang dia dah berjaya dapat.