Kuala Terengganu: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain mengakui anak buahnya perlu segera bangkit memperbaiki kelemahan selepas tewas 0-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.

Nafuzi berkata, pendekatan terlalu berhati-hati pada awal permainan menyebabkan skuad Penyu dibolosi dua gol mudah sekali gus memberi kelebihan kepada pasukan pelawat untuk mengawal perlawanan.

Bagaimanapun, beliau tidak menganggap pemainnya beraksi buruk, sebaliknya berpuas hati dengan komitmen dan kerja keras yang ditunjukkan walaupun beberapa tonggak utama tidak dapat diturunkan.

"Secara keseluruhan, pemain tidaklah beraksi dengan teruk. Bagi saya, persembahan mereka boleh diterima dari segi komitmen dan kerja keras.