Kuala Lumpur: Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), menyasarkan 1.4 juta penumpang pada tahun pertama operasi komersialnya pada 2027 dengan perkhidmatan itu tidak menerima subsidi tambang tiket ketika mula beroperasi pada Disember ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, unjuran awal projek itu berdasarkan faktor muatan sekitar 60 peratus dengan sasaran lebih tinggi sekiranya permintaan penumpang menggalakkan.
Katanya, sasaran berkenaan menjadi sebahagian daripada perancangan awal bagi memastikan hasil perkhidmatan dapat menampung kos operasi, selain meneroka potensi pendapatan daripada perkhidmatan kargo.
"Pada masa ini, tiada subsidi dan apa yang penting ialah sasaran faktor muatan sekitar 60 peratus.









