KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyasarkan kutipan RM5 juta bagi Kempen Tabung Pahlawan 2026/2027 sebagai usaha untuk memperkasakan kesejahteraan serta kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau yakin sasaran itu mampu dicapai berdasarkan hasil sokongan padu masyarakat serta sektor korporat.
Katanya, rekod kutipan sebelum ini menunjukkan peningkatannya yang positif iaitu RM1.306 juta bagi sesi 2023-2024, RM2.19 juta (2024-2025), dan melonjak kepada RM3.








