Kuala Lumpur: Malaysia sudah bersiap sedia membantu Indonesia menangani kebakaran hutan dan tanah di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan ketika ini hanya menunggu persetujuan dari Indonesia sebelum memulakan operasi berkenaan.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, memaklumkan Malaysia sebelum ini sudah menawarkan bantuan aset, membabitkan tiga helikopter dan sebuah pesawat, dengan kira-kira 50 anggota.
"Walaupun aset dan jumlah keanggotaan yang ditawarkan itu kecil, berbanding dengan seluruh tenaga untuk pembanterasan kebakaran, kita komited untuk meneruskan bantuan ini.









