KLANG: Seorang lelaki dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap anak kandungnya, dua tahun lalu.

Tertuduh berusia 48 itu melakukan sujud syukur di galeri mahkamah selepas keputusan di akhir kes pembelaan dibaca Hakim Siti Aminah Ghazali.

Siti Aminah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah.

"Selepas meneliti keseluruhan keterangan, eksibit dan hujahan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes di luar keraguan munasabah.