KUALA LUMPUR: Pelaksanaan sistem amaran awal bagi membantu mangsa banjir dipindahkan lebih cepat merupakan antara tumpuan persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) akan datang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesiapsiagaan itu diteruskan dengan penglibatan jabatan dan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Katanya, negara kini bersiap siaga menghadapi MTL dan kemungkinan berdepan banjir selepas jerebu serta kebakaran.
“Kita berharap supaya banjir pada kali ini agak berkurangan dan kita mementingkan kesiapsiagaan agar mangsa-mangsa itu dapat dipindahkan lebih awal melalui sistem amaran awal yang kita laksanakan.










