Putrajaya: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyempurnakan urusan pengebumian isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), ibu negara, pada 28 September lalu.
Dr Mahathir juga merakamkan penghargaan kepada seluruh masyarakat yang tidak putus-putus mendoakannya.
"Sehari dua ini saya cuba ke pejabat tetapi upaya masih belum begitu kuat. Bagi pihak kesemua ahli keluarga, saya nak ambil kesempatan untuk ucap berbanyak terima kasih kepada semua yang membantu menyempurnakan urusan pengebumian Hasmah tempoh hari.
"Selain itu, saya amat terharu kerana doa yang tidak putus-putus dipanjangkan kepada isteri saya Hasmah sehingga sekarang, sama ada di pusara mahupun dari mana-mana sahaja. la mengingatkan saya, di dalam kesedihan yang begitu memedihkan, supaya saya terus bersyukur kepada Allah SWT kerana telah meminjamkan Hasmah sebegitu lama sehingga ke usia saya yang cuma masih tersisa sedikit sebanyak ini.










