PETALING JAYA: Tiga lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes curi motosikal di Jalan Bukit Bintang di sini pada 26 September lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, tangkapan dilakukan selepas laporan berhubung kehilangan sebuah motosikal jenis Honda RS150 berwarna hitam kira-kira pukul 2.11 pagi pada hari sama.
“Bertindak atas maklumat, tiga suspek berusia antara 20 hingga 32 tahun ditahan semalam kerana dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.
“Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.










