KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 37 tahun yang ditahan ketika disyaki cuba mencuri kabel di sepanjang Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada 15 Oktober lalu, turut didapati memiliki dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohammed Hasbullah Ali, berkata suspek ditahan di Kilometer 26.6 lebuh raya berkenaan, di laluan dari Bukit Lanjan menghala ke Plaza Tol Jalan Duta, kira-kira jam 12.40 tengah malam.

Katanya, lelaki itu terlebih dahulu dikesan oleh seorang kontraktor kecil yang kemudian memaklumkan perkembangan berkenaan kepada pasukan Kenderaan Peronda Bergerak Lebuhraya (EMPV) NKVE.

"Pasukan peronda sedang menjalankan tugas rutin pencegahan kemalangan dan penguatkuasaan trafik sebelum menerima maklumat mengenai kegiatan mencuri kabel yang disyaki itu.