KUANTAN – Mahasiswa tidak sepatutnya dibuli hanya kerana menyuarakan pandangan dan pendirian mereka, kata Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Paya Besar, Wan Fauzuldin Wan Samad.Menurutnya, sebaliknya golongan mahasiswa berhak mengemukakan pandangan dan kritikan selagi tidak melampaui batas serta menjaga adab.Katanya, mahasiswa seperti Ummi Umairah Bakhit, perlu diberi ruang untuk menyuarakan pendapat tanpa berdepan tekanan daripada pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan mereka."Anak-anak muda berhak untuk menyatakan pendirian mereka bahawa 'menderma' kepada seseorang penyakau dan perasuah itu suatu perbuatan yang 'bodoh'."Jika ada dalam kalangan orang politik atau 'ulamak-ulamak jahat' yang mahu bersimpati dengan penyakau, silakan tetapi jangan buli anak-anak muda dan mahasiswa seperti Ummi Umairah ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Dalam forum terbuka bersama-sama pemimpin UMNO baru-baru ini, Ummi Umairah mempersoalkan tindakan orang ramai menderma bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayar denda mahkamah berjumlah RM50 juta.Pandangan itu kemudiannya mengundang kecaman di media sosial, termasuk komen berbaur ugutan terhadap mahasiswa berkenaan.Mengulas lanjut, Wan Fauzuldin turut memuji Universiti Malaya (UM) yang mengesahkan tiada sebarang tindakan tatatertib dikenakan terhadap Ummi Umairah susulan persoalan serta pandangan yang disuarakannya itu.Tegasnya, perbezaan pandangan bukanlah suatu ancaman, sebaliknya sebahagian daripada budaya intelektual yang perlu terus dipupuk.Beliau menambah, mahasiswa perlu dibentuk menjadi individu yang berfikiran kritis, berprinsip serta bertanggungjawab."Kepada semua anak muda dan mahasiswa, teruskan memberi pandangan dan kritikan asalkan tidak melampaui batasan dan adab."Percayalah majoriti rakyat Malaysia akan berada di belakang kamu dan akan melindungi kamu daripada gerombolan pembuli dan penyakau itu," katanya.
Isu derma Najib: Jangan buli mahasiswa kerana berani bersuara – Wan Fauzuldin

Key takeaways
Wan Fauzuldin menegaskan mahasiswa tidak sepatutnya dibuli kerana menyuarakan pandangan mereka.
- Mahasiswa berhak menyampaikan pandangan selagi tidak melanggar batas dan menjaga adab.
- Ummi Umairah diberi ruang untuk menyuarakan pendapat tanpa tekanan.
- Universiti Malaya mengesahkan tiada tindakan tatatertib terhadap Ummi Umairah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAWAZNI YUSOF
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Kor Ming puji mahasiswa kritik kutipan derma bantu Najib
- Free Malaysia Today Fahmi kecam tindakan buli, ugut mahasiswa UM kerana suara pandangan
- Sinar Harian Isu derma Najib: Jangan buli mahasiswa kerana berani bersuara – Wan Fauzuldin (this story)








