Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, mahasiswa terbabit hanya tegur perkara berkaitan jenayah rasuah, tidak langgar mana-mana undang-undang. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengecam tindakan membuli dan mengugut seorang mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang menyuarakan pandangan pada satu forum bersama pemimpin Umno baru-baru ini, sambil menggesa semua mangsa buli siber membuat laporan segera kepada polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Fahmi berkata, tindakan mengherdik dan mengugut Ummi Umairah Bakhit termasuk ancaman untuk mencarinya di universiti tidak mencerminkan adab dalam berkomunikasi serta tidak sepatutnya berlaku hanya kerana perbezaan pandangan.