Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, SKMM kenal pasti lebih 2,000 kandungan dijana guna AIatau bersifat sangat jelik, dan 600 akaun palsu, telah dikenal pasti hina Sultan Ibrahim.PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat beberapa insiden tingkah laku tidak autentik terancang (CIB) yang menyasarkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, lebih 2,000 kandungan yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI) atau bersifat sangat jelik dan 600 akaun palsu, telah dikenal pasti menghina Sultan Ibrahim.

“Siasatan awal SKMM mendapati kebanyakan akaun palsu yang menyerang Agong menerusi Facebook dipercayai berasal dari luar negara dan siasatan masih dijalankan.