PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan bahawa kebebasan bersuara dan mengkritik perlu dilakukan secara beradab serta bertanggungjawab, selain tidak menjadikannya alasan untuk melakukan buli siber.MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa perbezaan pandangan tidak seharusnya membawa kepada gangguan, ugutan, penghinaan, serangan peribadi atau penyebaran maklumat peribadi yang boleh mengancam keselamatan dan maruah individu.Menurut kenyataan itu, MCMC turut menegaskan bahawa perbuatan sedemikian tidak boleh menjadi normalisasi dalam masyarakat yang menghormati hak bersuara dan nilai saling menghormati."MCMC menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menegaskan bahawa setiap kebebasan datang bersama-sama tanggungjawab, khususnya dalam penggunaan media sosial."Suruhanjaya ini turut mengambil perhatian terhadap kebimbangan Seri Paduka Baginda mengenai penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI), untuk menghasilkan kandungan palsu serta penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan fitnah dan kebencian," menurut kenyataan MCMC pada Isnin.MCMC dalam kenyataan itu memaklumkan bahawa suruhanjaya itu, akan terus memperkukuh usaha mewujudkan persekitaran dalam talian yang selamat menerusi kerjasama dengan penyedia platform, agensi berkaitan dan masyarakat.Selain itu, suruhanjaya tersebut turut menyatakan bahawa sebarang kandungan disyaki melanggar undang-undang akan diteliti dan dikenakan tindakan sewajarnya, berdasarkan peruntukan undang-undang."MCMC turut menyeru rakyat Malaysia supaya menghayati titah Seri Paduka Baginda dengan menghormati perbezaan pandangan, menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi serta menjaga adab dan maruah orang lain menerusi setiap interaksi dalam talian," menurut kenyataan itu.- Bernama
Kebebasan bersuara, kritikan harus beradab - MCMC

Key takeaways
MCMC menegaskan kebebasan bersuara perlu dilakukan secara beradab dan bertanggungjawab, tanpa menyebarkan maklumat palsu atau menyerang peribadi.
- MCMC menekankan kebebasan bersuara harus disertai tanggungjawab dan kesopanan.
- Penggunaan AI untuk menghasilkan kandungan palsu dianggap sebagai masalah serius.
- MCMC akan mengambil tindakan terhadap kandungan yang melanggar undang-undang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian Kebebasan bersuara, kritikan harus beradab - MCMC (this story)
- Berita Harian Boleh kritik tapi biar beradab, bertanggungjawab - MCMC









