KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan kesemua 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di Negeri Sembilan, supaya tidak mencampuri urusan berkaitan undang-undang dan institusi diraja, sebaliknya menumpukan perhatian kepada kebajikan rakyat serta pelaksanaan mandat yang diberikan.Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, isu berkaitan undang-undang dan institusi diraja perlu dipisahkan daripada urusan pentadbiran kerajaan negeri, bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas."Nasihat saya pada ADUN-ADUN kita (BN) supaya tidak lagi campur tangan dalam soal berkaitan Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan dan juga institusi-institusi diraja. Kita tumpukan memberikan perkhidmatan kerana wakil-wakil rakyat dipilih oleh rakyat, mandat telah diberikan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Road Safety Congress 2026 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini pada Isnin.Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Profesor Dr Wong Shaw Voon.Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan negeri itu sedang menyediakan draf Belanjawan Negeri Sembilan 2027, meskipun masih lagi tiada barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) ketika ini.Beliau berkata, keutamaan perlu diberikan kepada usaha menyantuni dan menangani permasalahan rakyat tanpa mengira sebarang isu yang berlaku."Yang penting, sebarang permasalahan yang berlaku, keutamaan hendaklah diberikan kepada menyantuni dan menangani permasalahan rakyat," katanya.Sehubungan dengan itu, beliau berharap kerjasama antara kerajaan negeri dan 11 ADUN yang tidak bersama kerajaan negeri dapat diteruskan, bagi memastikan pentadbiran Negeri Sembilan tidak tergantung serta membolehkan jentera kerajaan berfungsi seperti biasa.Mengulas mengenai kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Ahmad Zahid berkata, beliau telah meneliti perkara berkenaan dan meminta Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan keputusan mengenainya dalam masa terdekat.- Bernama
Krisis Negeri Sembilan: 18 ADUN BN jangan campur urusan institusi diraja - Ahmad Zahid

Key takeaways
Ahmad Zahid menasihati 18 ADUN BN Negeri Sembilan supaya tidak campuri urusan institusi diraja dan undang-undang.
- Ahmad Zahid menasihati ADUN BN Negeri Sembilan supaya fokus pada kebajikan rakyat.
- Isu undang-undang dan institusi diraja perlu dipisahkan daripada pentadbiran kerajaan.
- Kerajaan Negeri Sembilan sedang siapkan draf Belanjawan 2027 meskipun belum ada Exco.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Zahid nasihat Adun BN jangan campur tangan hal DKU, institusi diraja
- Sinar Harian Krisis Negeri Sembilan: 18 ADUN BN jangan campur urusan institusi diraja - Ahmad Zahid (this story)








