KUALA LUMPUR: Semua 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan dinasihatkan supaya tidak campur tangan dalam hal berkaitan Dewan Keadilan dan Undangan (DKU) serta institusi diraja, sebaliknya menumpukan perhatian kepada penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, wakil rakyat perlu melaksanakan mandat yang diberikan dengan mengutamakan usaha menyantuni dan menangani permasalahan rakyat.

Katanya, permasalahan undang-undang dan institusi diraja perlu dipisahkan daripada urusan pentadbiran kerajaan.

“Pendirian kita ialah kita mesti memisahkan permasalahan undang-undang dan juga institusi diraja dengan masalah pentadbiran kerajaan.