Kuala Lumpur: Semua Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan diminta supaya tidak lagi campur tangan dalam soal Dewan Keadilan dan Undang (DKU) dan institusi raja, sebaliknya memberi tumpuan kepada perkhidmatan untuk rakyat.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, gabungan itu berpendirian permasalahan antara undang-undang dan institusi diraja dengan pentadbiran kerajaan mesti dipisahkan.

"Kerajaan Negeri Sembilan, walaupun tidak mempunyai Exco sekarang ini, mereka sedang menyediakan draf untuk pembentangan Belanjawan 2027 bagi negeri.

"Itulah sebabnya nasihat saya pada ADUN kita supaya tidak lagi campur tangan dalam DKU dan institusi diraja.