KUALA LUMPUR: Dua himpitan pelumba lawan yang menjejaskan kelajuannya menjadi faktor Datuk Azizulhasni Awang tersingkir dalam acara keirin pada Kejohanan Dunia Berbasikal Trek 2026 di Shanghai, China, minggu lalu.
Mengulas prestasinya menerusi hantaran di media sosial, jaguh berbasikal trek itu mengakui terkilan kerana gagal mencapai sasaran peribadi untuk mara ke final selepas menduduki tempat terakhir di suku akhir.
Azizulhasni berkata, strategi perlumbaan yang dirancang adalah untuk bermula dari belakang sebelum melakukan pecutan ketika memasuki pusingan terakhir.
Bagaimanapun, beliau mendakwa dihimpit pelumba Poland sejurus memasuki selekoh pertama ketika melakukan pecutan, sebelum satu lagi himpitan lebih besar di selekoh ketiga menjejaskan kayuhan serta kelajuannya.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2F959a0b75527dbaba26af83744ab2e60f.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

