KOTA BHARU: Polis Kelantan dalam proses melengkapkan kertas siasatan terhadap aktivis masyarakat yang didakwa mengganggu ketenteraman awam serta isu berkaitan etnik Rohingya di negeri ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
"Setakat ini kita masih dalam proses melengkapkan siasatan dan apabila siap, kita akan hantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut," katanya ringkas ketika dihubungi.
Semalam, polis Kelantan membuka dua kertas siasatan berhubung isu tular membabitkan seorang aktivis media sosial serta isu berkaitan komuniti etnik Rohingya di negeri ini.









