KUALA LUMPUR: Dua puluh empat lokasi seluruh negara merekodkan indeks pencemaran udara (IPU) tahap tidak sihat setakat jam 1 tengah hari tadi.
Semakan menerusi laman sesawang Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati Johan Setia, Selangor masih merekodkan bacaan IPU tertinggi.
Johan Setia merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 172 diikuti Nilai (166), Alor Gajah (166), Bukit Rambai (166), Bandaraya Melaka (164), Batu Muda (163), Tangkak (163), Seremban (162), Petaling Jaya (158) dan Batu Pahat (158).
Sementara itu, 42 lagi kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana termasuk Pegoh Ipoh, Tasek Ipoh, Balok Baru Kuantan, Kuching dan Samarahan.






