Kuala Lumpur: Sebanyak 26 lokasi di seluruh negara merekodkan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 7 pagi tadi.
Semakan menerusi laman sesawang Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan IPU tertinggi.
Johan Setia merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 173 diikuti Nilai (170), Bukit Rambai (169), Seremban (166), Alor Gajah (165), Bandaraya Melaka (165), Pasir Gudang (165), Tangkak (164), Batu Muda (161) dan Petaling Jaya (160).
Sementara itu, 39 lagi kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana termasuk Tawau, Sri Aman, Tasek Ipoh, Balok Baru Kuantan dan Pegoh Ipoh.








