KAHERAH: Mesir sedia memberi apa saja sokongan yang diperlukan Arab Saudi bagi mempertahankan keselamatan dan kestabilannya ketika menghadapi serangan kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman.

Puak Houthi sejak kebelakangan ini memperhebat serangan terhadap negara pengeksport minyak terbesar dunia itu selain menguasai lebih banyak wilayah di Yaman.

Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi meminta satu sidang tergempar Parlimen diadakan bagi memberi kebenaran kepada angkatan tenteranya, antara yang terbesar di dunia Arab, untuk membantu mempertahankan Arab Saudi sekiranya Riyadh meminta bantuan.

Undian Parlimen bagi memberi kebenaran terhadap permohonan sokongan ketenteraan itu pada awalnya dijangka berlangsung pada Ahad.