Istanbul: Parlimen Mesir akan mengadakan sidang pleno pada Ahad susulan gesaan Presiden Abdel-Fattah El-Sisi bagi mendapatkan kelulusan untuk memberi bantuan pertahanan kepada Arab Saudi sekiranya diminta, lapor Anadolu Ajansi.

"Mengambil kira permintaan presiden, adalah diputuskan untuk mengadakan sidang pleno majlis pada 1 tengah hari (1000 GMT) esok, Ahad, 18 Oktober 2026," petik akhbar Al-Ahram Mesir memetik kenyataan parlimen pada Sabtu.

Bercakap pada majlis tamat latihan Akademi Ketenteraan Mesir di Ibu Negara Baharu pada Sabtu, El-Sisi berkata Mesir akan mengambil semua langkah yang perlu untuk mempertahankan Arab Saudi sekiranya Riyadh memohon bantuan.

Beliau berkata sebarang tindakan sedemikian memerlukan kelulusan parlimen dan menggesa agar sidang tergempar diadakan bagi membolehkan langkah itu diluluskan jika Arab Saudi memohon sokongan Mesir.