MELAKA: Kemenangan 3-2 Melaka FC (MFC) ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Hang Jebat, malam tadi, jelas melegakan ketua jurulatihnya, E Elavarasan, selepas skuad itu melonjak dari tangga ke-11 ke tangga keenam liga.
Kejayaan itu sekali gus memberikan suntikan semangat baharu kepada MFC selepas mengalami tiga kekalahan sebelum ini, selain memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri.
Elavarasan menyifatkan kemenangan terbabit amat penting untuk mengembalikan keyakinan pemain, terutama apabila mereka berjaya bangkit selepas ketinggalan 0-1.
Katanya, semangat juang pemain yang tidak mudah mengalah menjadi antara faktor utama kejayaan Melaka meraih tiga mata berharga.








