KUALA LUMPUR: Kira-kira 800 buah kenderaan diperiksa menerusi penguatkuasaan Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Ampang, di sini awal pagi tadi.

Operasi bermula 3 pagi itu membabitkan 80 orang pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dengan bantuan 12 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta lima anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, pemeriksaan itu telan membawa kepada 60 sitaan motosikal selain 300 saman dikeluarkan.

Katanya, satu tangkapan turut dilakukan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 berkaitan isu identiti motosikal.