Kuala Lumpur: Isi rumah berpendapatan sederhana (M40) yang kehilangan pekerjaan atau mengalami kemerosotan pendapatan boleh mengemukakan rayuan untuk penilaian semula kelayakan bantuan.

Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong berkata, penerima bantuan boleh membuat rayuan sekiranya status atau keadaan semasa mereka berubah.

"Peratusan pengangguran sentiasa dikekalkan kurang daripada empat peratus dan ini satu kejayaan atau komitmen kerajaan.

"Bagi isu pengangguran, sebenarnya rayuan dibuka setiap hari. Setiap penerima bantuan boleh membuat rayuan kalau status sedia ada sudah berubah dan mereka boleh membuat rayuan dengan segera," katanya ketika menjawab soalan pada sesi lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.