KUALA LUMPUR: Selepas mencipta sejarah menjadi beregu wanita pertama muncul juara di Kejohanan Badminton Remaja Dunia, Low Zi Yu beralih arah dan menyasarkan matlamat lebih besar iaitu memburu tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Bagi Zi Yu, dirinya akan kembali fokus dan berlatih bersama pasangannya, Noraqilah Maisarah Ramdan untuk meningkatkan lagi prestasi agar benar-benar bersedia apabila bersaing dengan beregu elit yang lain.

Katanya, buat masa sekarang, dia dan Noraqilah akan memberi fokus kepada acara beregu wanita dalam usaha terus memperbaiki ranking sekali gus mencerahkan peluang ke LA28.

"Saya rasa nak cuba untuk masuk Olimpik (LA28). Sekarang masa semakin hampir.