KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad, mengakui dirinya masih belum cukup kuat untuk kembali bertugas seperti biasa, tiga minggu selepas pemergian isteri tercinta, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau sudah cuba kembali ke pejabat sejak sehari dua lalu, namun keupayaan dirinya masih belum mengizinkan.
"Sehari dua ini saya cuba ke pejabat tetapi upaya masih belum begitu kuat," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam kenyataan sama, Dr Mahathir mewakili seluruh ahli keluarganya turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu menyempurnakan urusan pengebumian Allahyarham pada 28 September lalu.









